Strok


Pencegahan Strok


Strok merupakan salah satu penyakit kronik yang paling menakutkan kerana ia boleh menyebabkan kematian tiba-tiba atau kecacatan kekal. Strok terjadi apabila aliran darah berhenti dan menyebabkan kematian sel-sel otak dalam masa bebeapa minit. Terdapat dua jenis strok, strok iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik disebabkan oleh pembekuan darah di otak. Strok hemoragik terjadi apabila saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan otak.



Gejala- gejala strok

  • Kaku atau lemah secara tiba-tiba pada wajah, lengan atau kaki (khususnya pada satu sisi tubuh).
  • Bingung atau susah untuk bercakap atau memahami percakapan.
  • Susah untuk melihat secara tiba-tiba pada salah satu atau kedua-dua mata.
  • Sakit kepala secara mendadak dengan tidak diketahui penyebabnya.
  • Hilang keseimbangan dan koordinasi, yang menyebabkan seseorang mudah jatuh.

Berikut adalah cara mudah untuk mengenalpasti gejala strok. Ingat F.A.S.T.





Face (muka)
Minta dia senyum. Adakah ekspresi kedua-dua belah wajah tidak sama?
Arm (tangan)
Minta dia angkat kedua-dua tangan. Adakah salah satu tangan lemah?
Speech (percakapan)
Minta dia mengulangi satu frasa. Adakah percakapannya tidak normal?
Time (masa)
Waktu untuk memanggil ambulan



Faktor risiko strok


Faktor risiko utama untuk kedua-dua jenis strok adalah aterosklerosis iaitu penyempitan atau penyumbatan saluran darah akibat pengumpulan bahan berlemak (plak) pada dinding saluran darah. Kegemukan, pengambilan alkohol berlebihan, merokok, diet tinggi lemak dan kolesterol akan meningkatkan risiko aterosklerosis. Selain itu, orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi mempunyai risiko tinggi diserang strok.



Pencegahan strok

  • Mengawal keadaan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes yang merupakan punca utama strok.
  • Menjaga berat badan yang sihat.
  • Bersenam selalu
  • Elakkan diet lemak tinggi seperti makanan segera, makanan bergoreng dan pengambilan daging secara berlebihan.
  • Elakkan merokok dan minum alkohol yang berlebihan.
  • Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang untuk meningkatkan pengambilan serat. (serat boleh membantu pencernaan, mengawal kolesterol dan gula darah)
  • Pastikan diet anda kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada saluran darah

Nutrisi  Untuk Badan Yang Sihat



Aloe Vera Gel

  • Kaya dengan serat tidak larut air (boleh membantu pencernaan) dan serat-larut air (boleh membantu mengawal tahap kolestrol dan gula darah)
  • Kaya dengan saponin, sejenis agen pembersih semulajadi yang menghasilkan buih kecil, justeru boleh membantu membersihkan usus dan meningkatkan pergerakan usus.
  • Sistem pencernaan yang bersih mengurangkan bebenan hati dan membolehkan hati memetabolismekan lemak dengan lebih efisien.


Forever Pomesteen Power


  • Campuran jus buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan termasuklah buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, raspberi dan ekstrak biji anggur.
  • Antioksidan boleh melindungi saluran darah dengan meneutralkan radikal bebas (Radikal bebas boleh mempercepatkan proses pengumpulan bahan berlemak (plak) pada dinding saluran darah)
Forever B12 (with folic Acid)*
  • Mengandungi vitamin B12 dan folat dalam formula perlepasan secara perlahan.
  • Vitamin B12 dan folat yang boleh membantu untuk mengurangkan paras homosistein dalam darah. (Homosistein dalam darah boleh merosakan dinding saluran darah yang menyebabkan pembekuan darah. Paras homosistein yang tinggi dalam darah berkaitan pengambilan daging yang berlebihan)
Forever Arctic-Sea
  • Mengandungi asid lemak perlu, EPA, DHA, dan asid oleik yang baik utuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL)
  • Menggabungkan minyak ikan dengan minyak zaitun untuk memberikan Omega-3 dan Omega-9, dan ditambah dengan vitamin E untuk menjaga kesegaran minyak
Forever Absorbent-C
  • Suplemen vitamin C yang terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
  • Vitamin C boleh membantu menguatkan kolagen, dengan ini menjadikan saluran darah lebih fleksibel.
  • Satu antioksidan vitamin yang kuat yang dapat membantu untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas pada saluran darah.
Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk  jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
  • Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment