Apa itu Kelenjar Tiroid
dan Hormon Tiroid?
Kelenjar tiroid
merupakan kelenjar endokrin yang berada tepat di bawah peti suara di leher. Kelenjar
tiroid menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk mengawal tahap metabolisme
tubuh, menggalakkan pertumbuhan tubuh yang normal dan lain-lain.
Hipotiroidism
adalah suatu keadaan yang dikenali dengan pengeluaran hormon tiroid yang
rendah. Gangguan hormon endokrin ini lebih umum pada wanita berbanding lelaki,
dan kejadian meningkat dengan usia khususnya selepas 50-an. Punca hipotiroidism
termasuklah keradangan tiroid (tiroiditis Hashimoto), kerosakan tiroid
(terdedah kepada radioaktif iodin atau pembedahan), kekurangan zat iodin dan
kekurangan hormon-peransang tiroid akibat masalah fungsi pituitari.
Oleh kerana hormon
tiroid diperlukan untuk kebanyakan fungsi sel, kekurangan hormon tiroid
menyebabkan banyak gejala, termasuklah:
- Keletihan
- Takut sejuk
- Kemurungan
- Berat tubuh meningkat
- Tidur berlebihan
- Rambut yang kering dan kasar
- Kulit kering
- Sembelit
- Paras kolesterol yang meningkat
- Konsentrasi berkurang
- Pembengkakan pada kelenjar tiroid (jika serius)
Rawatan
Hipotiroidism
dirawat dengan mengambil hormon tiroid sintetik. Terapi hipotiroidism perlu
dipantau kira-kira setiap enam minggu sehingga paras hormon menjadi stabil.
Produk berikut
boleh membantu melegakan simptom tiroid:
- Mengandungi fitohormon yang boleh membantu mengawalatur dan mengimbangi hormon dalam tubuh.
- Asid nukleik dan Vitamin B kompleks penting untuk pertumbuhan semula sel dan menjaga kesihatan kulit.
- Suplemen semulajadi tanpa pengawet dan perasa sintetik, mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh.
- Ekstrak kranberi boleh membantu memelihara sistem hormon yang baik, termasuklah mengawalatur pengeluaran hormoh tiroid.
- Aloe Vera mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan tiroid.
- Aloe Vera berfungsi sebagai pengantara untuk membawa nutrien kranberi kepada sel dengan baik.
- Kaya dengan pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, asid amino, karbohaidrat dan enzim yang dapat mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.
- Sumber yang baik bagi Vitamin B kompleks yang penting bagi melepaskan tenaga dari makanan dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh.
- Membekalkan 11 mineral penting dalam nisbah seimbang untuk penyerapan maksimum. Mengandungi mineral utama penting seperti Kalsium, Fosfurus Magnesium, dan mineral (Zat Besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprim, Mangan, Vanadium dan Molibdenum)
- Membekalkan iodin, sejenis mineral yang diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid.
Saya baru didiagnosis
penyakit hipertiroid. Apakah itu hipertiroid dan simptomnya? Apa yang saya
boleh buat?
Hipertiroid adalah
keadaan dimana kelejar tiroid yang aktif menyebabkan tahap hormon tiroid yang
tinggi dan seterusnya menyebabkan fungsi metabolik badan bertambah. Penyakit
hipertiroid disebabkan oleh Penyakit Grave’s, keradangan pada kelenjar tiroid,
pendedahan lama terhadap radiasi dan pengambilan iodin yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit
hipertiroid mengalami kebengkakan pada kelenjar tiroid (goiter) yang biasanya
membesar dan sakit. Simptom hipertiroid (disebabkan metabolisme badan
meningkat) termasuklah peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah, denyutan
jantung abnormal, sering berpeluh, jari tangan menggeletar, mudah marah dan
gelisah, insomnia, berat badan menurun walaupun selera makan bertambah dan mata
benjol.
Dapatkan nasihat
dan rawatan doktor. Pada masa yang sama, produk berikut boleh membantu: Forever
Aloe Berry Nectar boleh membantu mengawal atur hormon badan dan mempunyai
ciri-ciri anti-keradangan. Forever Royal Jelly pula boleh membantu
mengimbangkan perubahan hormon dan mengawalatur sistem saraf. Pomesteen
Power boleh membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas (kadar
metabolik badan yang tinggi meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam
badan).
Penafian:
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan.
- Produk ini tidak bertujuan untuk mengdianogsis, merawat, menyembukan atau mencegah sebarang penyakit.
* Didapati di Singapura sahaja.