Kesihatan Tiroid

Apa itu Kelenjar Tiroid dan Hormon Tiroid?

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin yang berada tepat di bawah peti suara di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk mengawal tahap metabolisme tubuh, menggalakkan pertumbuhan tubuh yang normal dan lain-lain.

Apa itu Hipotiroidism?



Hipotiroidism adalah suatu keadaan yang dikenali dengan pengeluaran hormon tiroid yang rendah. Gangguan hormon endokrin ini lebih umum pada wanita berbanding lelaki, dan kejadian meningkat dengan usia khususnya selepas 50-an. Punca hipotiroidism termasuklah keradangan tiroid (tiroiditis Hashimoto), kerosakan tiroid (terdedah kepada radioaktif iodin atau pembedahan), kekurangan zat iodin dan kekurangan hormon-peransang tiroid akibat masalah fungsi pituitari.

Oleh kerana hormon tiroid diperlukan untuk kebanyakan fungsi sel, kekurangan hormon tiroid menyebabkan banyak gejala, termasuklah:
  •   Keletihan                                                 
  •   Takut sejuk
  •   Kemurungan
  •   Berat tubuh meningkat
  •   Tidur berlebihan
  •   Rambut yang kering dan kasar
  •   Kulit kering
  •   Sembelit
  •   Paras kolesterol yang meningkat
  •   Konsentrasi berkurang
  •   Pembengkakan pada kelenjar tiroid (jika serius)
Rawatan
Hipotiroidism dirawat dengan mengambil hormon tiroid sintetik. Terapi hipotiroidism perlu dipantau kira-kira setiap enam minggu sehingga paras hormon menjadi stabil.

Produk berikut boleh membantu melegakan simptom tiroid:

Forever Royal Jelly
  • Mengandungi fitohormon yang boleh membantu mengawalatur dan mengimbangi hormon dalam tubuh.
  • Asid nukleik dan Vitamin B kompleks penting untuk pertumbuhan semula sel dan menjaga kesihatan kulit.
  • Suplemen semulajadi tanpa pengawet dan perasa sintetik, mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh.


Aloe Berry Nectar

  • Ekstrak kranberi boleh membantu memelihara sistem hormon yang baik, termasuklah mengawalatur pengeluaran hormoh tiroid.
  • Aloe Vera mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan  kesakitan akibat pembengkakan tiroid.
  • Aloe Vera berfungsi sebagai pengantara untuk membawa nutrien kranberi kepada sel dengan baik.
Forever Bee Pollen
  • Kaya dengan pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, asid amino, karbohaidrat dan enzim yang dapat mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.
  • Sumber yang baik bagi Vitamin B kompleks yang penting bagi melepaskan tenaga dari makanan dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh.
Nature Min*
  • Membekalkan 11 mineral penting dalam nisbah seimbang untuk penyerapan maksimum. Mengandungi mineral utama penting seperti Kalsium, Fosfurus Magnesium, dan mineral (Zat Besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprim, Mangan, Vanadium dan Molibdenum)
  • Membekalkan iodin, sejenis mineral yang diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid.

Saya baru didiagnosis penyakit hipertiroid. Apakah itu hipertiroid dan simptomnya? Apa yang saya boleh buat?

Hipertiroid adalah keadaan dimana kelejar tiroid yang aktif menyebabkan tahap hormon tiroid yang tinggi dan seterusnya menyebabkan fungsi metabolik badan bertambah. Penyakit hipertiroid disebabkan oleh Penyakit Grave’s, keradangan pada kelenjar tiroid, pendedahan lama terhadap radiasi dan pengambilan iodin yang berlebihan.

Kebanyakan pesakit hipertiroid mengalami kebengkakan pada kelenjar tiroid (goiter) yang biasanya membesar dan sakit. Simptom hipertiroid (disebabkan metabolisme badan meningkat) termasuklah peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah, denyutan jantung abnormal, sering berpeluh, jari tangan menggeletar, mudah marah dan gelisah, insomnia, berat badan menurun walaupun selera makan bertambah dan mata benjol.

Dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Pada masa yang sama, produk berikut boleh membantu: Forever Aloe Berry Nectar boleh membantu mengawal atur hormon badan dan mempunyai ciri-ciri anti-keradangan. Forever Royal Jelly pula boleh membantu mengimbangkan perubahan hormon dan mengawalatur sistem saraf. Pomesteen Power boleh membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas (kadar metabolik badan yang tinggi meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam badan).


Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan.
  • Produk ini tidak bertujuan untuk mengdianogsis, merawat, menyembukan atau mencegah sebarang penyakit.  
Didapati di Singapura sahaja.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment