Kesihatan Kanak-kanak
Semua ibu bapa berharap anak mereka membesar
dengan sihat dan mempunyai tubuh yang kuat. Sebahagian besarnya bergantung pada
diet sihat dan nutrisi yang seimbang bagi kanak kanak mebesar dengan normal dan
sihat. Oleh kerana nutrisi adalah penting untuk tubuh dan perkembangan mental,
malnutrisi akan menyebakan pertumbuhan kurang normal dan menjejaskan kesihatan.
Walau bagaimanapun, pemakanan berlebihan akan menyebabkan kegemukan, penyakit
kencing manis dan darah tinggi.
Nutrisi yang sesuai
7 nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh
adalah: protin, lemak, karbohaidrat, air, vitamin, mineral dan serabut. Nutrien
seperti ini boleh didapati dari diet harian dan kanak kanak tidak digalakkan
untuk makan berlebihan atau memilih makanan. Untuk nutrisi seimbang, tabiat
pemakanan baik harus dipupuk dan berfokus pada kualiti dan kuantiti, dan bukan
jenis makanan. Piramid makanan adalah satu alat yang baik untuk menjelaskan bagaimana untuk memilih makanan
yang berlainan jenis.
- Bijirin - Nasi dan bihun bukan sahaja membekalkan tenaga dalam bentuk kanji dan karbohaidrat tetapi juga mengandungi serabut, protin, vitamin A, B, E, fosforus, zat besi dan kalium, dan lain lain. Penggunaan adalah tertinggi antara semua kumpulan makanan.
- Buah buahan dan sayur sayuran - Sebagai sumber utama vitamin dan mineral, diperlukan untuk tumbesaran badan dan mental; menggalakkan sistem imun dan mencegah sembelit.
- Telur, daging dan tenusu - Membekalkan protin dan kalsium untuk tumbesaran kanak-kanak yang membantu dalam pembaikpulih sel, menggalakkan metabolisme, dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Akan tetapi, pemakanan berlebihan akan menyebabkan kegemukan dan kolesterol tinggi.
- Garam, gula dan lemak - Makanan sebegini berada di tempat teratas piramid pemakanan dan patut dimakan sedikit kerana boleh didapati daripada kumpulan makanan yang lain. Amaun berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Masalah kegemukan.
Mengikut kaji selidik di Chinese University
of Hong Kong, tahap kegemukan pelajar Hong Kong telah berganda dalam satu dekad
- meningkat dari 11.3% kepada 22.5% dan dari 8.9% kepada 16.8% untuk kanak
kanak lelaki dan perempuan. Kajian juga menunjukkan terdapat 24-44% golongan
dewasa yang kegemukan yang mempunyai masalah yang sama ketika zaman kanak
kanak. Lagipun, lebih dari 60% kanak kanak gemuk berumur 5-15 tahun, terlibat
dalam sekurang-kurangnya satu faktor penyumbang dalam masalah kardiovaskular,
meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, strok dan kegagalan fungsi
ginjal.
Oleh itu kanak kanak dinasihatkan supaya
bersenam, contohnya, berlari, berenang dan berbasikal selama 30 minit setiap
kali, 3-6 hari seminggu dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jangan cerewet terhadap makanan.
Cerewet terhadap makanan, ditambah dengan
memakan makanan segera dan snek belemak tinggi dan kurang serabut, menyebabkan
pemakanan tidak seimbang, meningkatkan masalah kegemukan atau kurang berat
badan. Satu kajian menunjukkan terdapat 43.2% kanak-kanak yang cerewet terhadap
makanan; 60% daripada mereka memakan makanan yang kurang daripada 1 sajian
sayuran dan 1 sajian buah-buahan setiap hari; hampir separuh daripada mereka
tidak mempunyai 3 hidangan tetap.
Cerewet terhadap makanan menjejaskan
penyerapan nutrien, menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Ini akan
menyebabkan perkembangan tubuh dan minda kanak-kanak terjejas. Selain membantu
kanak-kanak menghentikan tabiat buruk, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan
penggunaan suplemen tambahan diet.
Kepentingan Bersarapan Pagi
Mengikut penyelidikan Chinese University of
Hong Kong, lebih daripada 10% pelajar sekolah rendah tidak makan sarapan pagi,
tetapi berat badan mereka bertambah disebabkan memakan terlalu banyak snek.
Pakar pakar mendapati tabiat tidak makan sarapan pagi akan menjejaskan
perkembangan otak, menyebabkan konsentrasi rendah, kandungan gula dalam darah
rendah, dan dengan demikian emosi tidak stabil. Biasanya, sarapan pagi yang
digantikan dengan snek berkalori tinggi, kurang nutrien, dan kanak-kanak
menjadi gemuk dan kekurangan mineral, seterusnya mempengaruhi pertumbuhan
tulang.
10 tip utama untuk mencegah masalah kegemukan
dikalangan kanak-kanak
Pada masa kini, kegemukan adalah masalah
kesihatan utama di kalangan kanak-kanak. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan
Penyakit (CDC), masalah kegemukan kanak-kanak telah melebihi tiga kali ganda
berbanding dengan 30 tahun lalu. Kegemukan boleh meningkatkan risiko penyakit
kronik. Tambahan pula, kebanyakan kanak-kanak yang gemuk menghadapi masalah
yang sama apabila mereka memasuki zaman dewasa. Keadaan yang serupa juga
dilihat di kebanyakan negara lain.
Kesan kegemukan terhadap kesihatan dan mental
Kanak kanak yang gemuk mempunyai risiko yang
lebih tinggi terhadap penyakit penyakit berikut akibat sebab sebab yang
dinyatakan diatas:
- Diabetes
- Tahap kolesterol yang tinggi
- Tekanan darah tinggi
- Hiperlidemia (Paras lipid atau lemak yang tinggi dalam darah)
- ‘Sleep apnea’ (Gangguan nafas semasa tidur)
- Hati berlemak
- Masalah sendi
Kanak kanak yang gemuk lebih cenderung
mempunyai masalah berikut:
- Kurang keyakinan diri
- Keputusan akedemik yang kurang baik
- Rasa terasing dan murung
10 tips utama Mencegah Masalah Kegemukan Di
Kalangan Kanak-Kanak
1. Pastikan
anak anda makan sarapan pagi setiap hari. Kanak kanak yang mengambil sarapan
pagi yang berkhasiat setiap hari adalah kurang cenderung menjadi gemuk
2. Hidangkan
makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak anda
3. Pastikan
anak anda mencuba pelbagai makanan yang sihat dari usia muda
4. Kurangkan
pengambilan makanan segera, makanan bergoreng dan makanan ringan
5. Kurangkan
pengambilan minuman manis dan minuman ringan
6. Mendidik
anak anda tentang kepentingan mempunyai diet yang sihat
7. Makan
sederhana di hadapan kanak-kanak. Ibu bapa adalah model yang paling penting
bagi tabiat makan anak mereka.
8. Tingkatkan
aktiviti fizikal mereka. Kurangkan masa yang digunakan untuk menonton TV dan
mengguna komputer.
9. Luangkan
masa bersama sama anak anak anda untuk melakukan senaman seperti berjalan, berjoging, dan berenang.
10. Galakkan
anak-anak anda minum banyak air sekurang kurangnya 1 liter sehari.
Suplemen Makanan untuk Kesihatan Kanak-Kanak
Aloe Bit’s N’ Peaches
- Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan kaya dengan pelbagai nutrien; baik untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
- Mengandungi tambahan vitamin A,C dan E dari buah pic yang membantu untuk mengekalkan sistem imun dari kulit yang sihat.
- Jus yang memang sesuai untuk kanak-kanak, boleh menggantikan minuman yang tinggi gula dan kalori tinggi di pasaran.
- Sebagai sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak
- Mudah dihadam dan diserap oleh badan
- Kaya dengan protin, vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Forever Arctic-Sea
- Mengandungi minyak ikan dengan minyak zaitun semula jadi untuk membekalkan Omega-3 dan Omega-9
- Omega-3 membantu meningkatkan metabolisme lemak dalam badan
- DHA adalah penting untuk perkembangan otak dan mata
Forever Kids*
- Sebagai suplemen Multivitamin dan Mineral untuk mengisi jurang nutrien yang timbul akibat tabiat makan yang suka memilih dikalangan kanak-kanak
- Mengandungi Fito-Nutrien semulajadi daripada epal, brokoli, kubis, kranberi, lobak, bayam dan tomato
- Membekalkan nutrien yang penting untuk pertumbuhan yang sihat
- Tidak mengandungi gula, pewarna tiruan atau bahan pengawet
ABOUT THE AUTHOR
Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia
0 comments:
Post a Comment