Masalah kebotakan lelaki


Adakah Testeron Menjadikan Anda botak?

Mengapa saya? Adalah satu soalan yang ditanya-tanya oleh kaum lelaki apabila mereka mula-mula mendapati bahawa mereka mengalami corak kebotakan lelaki - satu keadaan dimana ia menjejaskan dua daripada tiga lelaki. “Androgenetic Alopecia” atau Corak Kebotakan Lelaki (Male Patern Baldness, MPB) adalah keguguran rambut yang biasa dikalangan lelaki pada sesuatu tahap. Ia biasanya mengambil selama 15-25 tahun untuk menjadi botak. Akan tetapi, sesetengah lelaki menjadi botak dalam kurang 5 tahun. MPB biasanya dicirikan dengan bermulanya garisan rambut menjadi botak dan penipisan di mercu kepala.

Apakah yang menyebabkan corak kebotakan lelaki?

Usia
Menurut American Hair Loss Association, lebih kurang 85% kaum lelaki akan mengalami penipisan rambut apabila mereka mencapai umur 50 tahun.

Gen dan hormon
Lebih dari 95% keguguran rambut lelaki adalah disebabkan oleh corak kebotakan lelaki (MPB), satu faktor genetik. Lelaki dengan corak kebotakan lelaki mewarisi folikel rambut yang sangat sensitif terhadap hormon dihidrotestosteron (DHT). Apabila testosteron ditukarkan kepada DHT, ia mengecut folikel rambut menjadikan rambut lebih pendek dan halus, dan akhirnya pertumbuhan rambut berhenti sama sekali. Berita baiknya ialah folikel rambut tidak mati pada kebanyakan masa, jadi pertumbuhan rambut mungkin masih berlaku.

Pada ketika ini, tiada penawar yang diketahui untuk corak kebotakan lelaki. Mengelakan keguguran rambut adalah lebih mudah dari menggantikan rambut setelah rambut gugur.

1. Menyuburkan folikel rambut anda
Sesetengah suplemen seperti vitamin B kompleks, silika, iodin, zat besi dan cysteine, telah ditunjukan membantu meningkatkan kesihatan rambut. Penyelidikan juga menunjukan bahawa antioksidan seperti vitamin A, C, E, Zink dan Selenium boleh melindungi rambut dari keguguran.

Suplemen yang dicadangkan:
Forever Bee Pollen mengandungi Zink yang boleh membantu mengurangkan pertukaran testosteron kepada DHT. Debunga lebah kaya dengan folat, Vitamin B Kompleks dan mineral penting yang lain untuk rambut sihat.




Aloe Vera Gel mengandugi lebih dari 200 sebatian yang membekalkan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan rambut yang sihat.




Vitolize Men’s mengandungi Saw Palmetto yang boleh membantu mengurangkan tahap DHT dikalangan lelaki. Satu kajian tentang ekstrak Saw Palmetto dalam merawat corak kebotakan lelaki tahap ringan dan sederhana mendapati bahawa terdapat peningkatan pertumbuhan rambut dalam 60% subjek (J Altern Complement Med, 2002; 8:143-52). Vitolite Men juga mengandungi Zink, Selenium, Vitamin C, D, dan E yang diperlukan untuk melindungi rambut dari gugur.




2. Mengurut kulit kepala
Menurut University of Maryland Medical Centre, mengurut kulit kepala membantu meningkatkan peredaran darah ke folikel rambut, dan ini mungkin menggalakan rambut anda tumbuh. Tekanan menguli yang digunakan semasa mengurut kulit kepala menghangatkan tisu dan membantu meningkatkan peredaran darah. Dengan ini folikel rambut menerima lebih banyak nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

Tip: Gunakan Aloe Activator untuk mengurut kulit kepala dengan perlahan lahan selepas mencuci rambut. Aloe activator mengandungi Aloe Vera Gel yang distabilkan 100%, baik untuk digunakan sebagai tonik rambut untuk menggalakan pertumbuhan rambut.


3. Gunakan syampu yang baik
Kuatkan folikel rambut anda dengan Aloe-Jojoba Shampoo yang direka untuk menguatkan rambut dan menggalakan pertumbuhan rambut. Rumusan khas yang menggunakan Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% sebagai bahan yang pertama dan utama. Saponin dalam Aloe Vera, sejenis agen pembuih sangat bagus untuk pembersihan mendalam sementara asid amino membantu menguatkan stuktur rambut. Minyak jojoba ditambah untuk menghidratkan dan menguatkan stuktur rambut.



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment