Pedih Ulu Hati


Apakah itu pedih hulu hati?


Pedih hulu hati adalah perasaan sakit dada seperti rasa tebakar. Namun, ia adalah biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia.



Pedih hulu hati berlaku apabila sfinker bawah esofagus atau LES (satu injap yang membenarkan makanan dan cecair untuk mengalir ke bahagian perut) tidak dapat berfungsi dengan baik, membenarkan asid perut mengalir balik ke esofagus. Esofagus tidak mempunyai lapisan pelindung yang melindunginya dari asid perut. Apabila esofagus terdedah pada asid perut secara berterusan, ia meradang dan sakit. Selepas sesuatu ketika, ini akan menyebabkan kebengkakan, ulser atau kanser esofagus.



Pedih hulu hati yang berlaku berulang-ulang kali adalam simptom asid refluks, atau lebih dikenali sebagai Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD).


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan GERD: antaranya merokok, kafein, makan terlampau banyak, hiatal hernia, kegemukan dan alkohol



Simptom

  • Sakit dada seperti rasa terbakar, biasanya berlaku setengah jam hingga satu jam selepas makan
  • Makanan atau cecair mengalir balik
  • Rasa pahit atau masam di mulut
  • Muntah darah
  • Susah untuk menelan makanan
  • Sakit tekak

Apakah saya perlu mengelakkan sebarang makanan?


Elakkan makanan yang menyebabkan otot LES terbuka lebih lama daripada biasa seperti pudina, coklat, makanan bergoreng dan berlemak.
Selain itu elakkan makanan yang menyebabkan bahagian esofagus merengsa seperti makanan berasaskan tomato, buah sitrus (lemon, limau gedang) dan makanan pedas.


Tip-tip untuk melegakan pedih hulu hati

  • Tinggikan kepala katil anda sebanyak 6 inci
  • Selepas makan, jangan tidur terus, tunggu selepas 2-3 jam
  • Elakkan makanan yang menjadikan pedih hulu hati bertambah teruk
  • Kurangkan berat badan
  • Pakai pakaian yang longgar
  • Makan dengan kerap dan dalam kuantiti kecil

Produk Forever yang boleh membantu



Aloe Vera Gel

  • Serabut larut dan tidak larut yang boleh membantu dalam pergerakan usus besar.
  • Kompleks antrakuinon boleh membantu dalam melegakan keradangan esofagus dan acemanan boleh membantu dalam meningkatkan sistem imun badan
  • Menggalakkan penyembuhan ulser, mennyembuhkan lapisan dinding esofagus.



Fields of Greens

  • Membekalkan mineral, protin, asid amino, enzim, antioksidan dan klorofil yang diperlukan oleh badan.
  • Rumput gandum mengandungi mineral beralkali yang memudakan sistem penghadaman, menyingkirkan logam berat dan toksin
  • Mengandungi mineral beralkali yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid


Forver Bee Honey

  • Mengandungi gula ringkas, mineral, vitamin dan enzim yang dapat membantu dalam proses penghadaman dan metabolisme badan.
  • Madu adalah makanan beralkali, yang boleh membantu memulihkan keasidan jus gastrik.
  • Ciri-ciri penyembuhan madu adalah berguna bagi mereka yang menghidapi ulser gastrik atau ulser.


Kebanyakan kes pedih hulu hati boleh diatasi dengan melakukan perubahan gaya hidup dan diet, aktiviti, tabiat pemakanan dan suplementasi yang baik. Memerhatikan jenis makanan yang anda makan dan amaun yang anda makan boleh mempengaruhi simptom-simptom anda. Ikutilah tip-tip di atas untuk mengurangkan simptom-simptom pedih hulu hati dan meningkatkan kesihatan anda.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment