Kanser Payu Dara
ADAKAH ANDA
BERISIKO TINGGI?
Apa itu kanser
payudara?
Semua
wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara, dan apabila usia anda semakin
meningkat, risiko anda semakin tinggi. Di Malaysia, kanser payudara adalah
kanser no. 1 dikalangan wanita, manakala di Singapura, 1 dalam 17 wanita
mendapat kanser payudara.
Faktor
risiko
- Usia: peluang mendapat kanser payudara meningkat apabila anda semakin tua.
- Sejarah keluarga: keluarga terdekat (ibu, kakak / adik, atau anak perempuan) yang menghidapi kanser payudara
- Faktor keturunan - pembawa gen defektif BRCA1 dan BRCA2
- Pernah menghidap kanser payudara
- Wanita yang tidak pernah mengandung / mendapat anak pertama selepas usia 30 tahun
- Wanita yang mulai haid awal sebelum usia 12 tahun
- Wanita yang putus haid lewat selepas usia 55 tahun
- Faktor gaya hidup - diet tinggi lemak, pengambilan alkohol, merokok, pengambilan minuman berkafein, tekanan hidup, dan jarang bersenam.
Simptom
/ Gejala-gejala
- Benjolan / ketulan yang tidak sakit pada payudara
- Perubahan saiz atau bentuk payudara
- Puting payudara tertarik kedalam
- Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting
- Permukaan payudara, puting atau areola berkeruping, merah dan bengkak.
- Permukaan kulit mungkin mempunyai garisan belengkung (berkedut) yang kelihatan seperti kulit oren
Pemeriksaan
sendiri payudara (PSP) dan mamografi payudara boleh membantu mengesan kanser
payudara pada peringkat awal dan boleh dirawat. Rawatan kanser payudara
termasuklah radiasi, lumpektomi (pembuangan benjolan dan tisu sekitarnya),
mastektomi (pembuangan satu atau kedua-dua payudara, samada sebahagian atau
sepenuhnya), kemoterapi dan terapi hormon.
Nutrisi
Forever Untuk Kesihatan Payudara
- Campuran jus buah-buahan berantioksidan tinggi seperti buah delima, beri biru, beri hitam, buah manggis, pir, raspberi dan ekstrak biji anggur
- Antioksidan boleh melindungi sel tisu payudara dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan.
- Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan berpaten dengan ekstrak kranberi yang membantu mengawalatur hormon tubuh
- Mengandungi fitonutrien yang bermanfaat untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas yang berbahaya.
- Membekalkan protin berkualiti tinggi dalam bentuk 18 jenis asid amino (termasuk 8 jenis asid amino perlu) yang senang dicernakan dan dihadam. 2 skup membekalkan 100% keperluan RDA seharian.
- Makanan suplemen yang ideal bagi mereka yang sedang menjalani rawatan atau dalam tempoh pemulihan kerana ia dapat membantu pembaikpulihan sel badan dan mengalakkan penyembuhan dengan cepat.
Penafian:
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
- Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
ABOUT THE AUTHOR
Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia
0 comments:
Post a Comment