Buasir

Doktor baru mengesahkan saya menghidap buasir. Apa yang patut saya lakukan?

Buasir adalah kebengkakan dan keradangan urat darah di sekitar dubur atau dalam dubur. Buasir luaran terletak di bawah kulit sekitar dubur manakala buasir dalaman terdapat di bahagian bawah rektum.

Gejala-gejala buasir dalaman ialah darah merah cerah pada najis, pada kertas tandas, atau dalam mangkuk tandas itu selepas membuang air besar. Buasir luaran boleh mengakibatkan bengkak yang sakit dan berdarah.

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan buasir. Ini termasuk sembelit kronik atau cirit-birit, meregang semasa pergerakan usus, duduk dalam tandas untuk tempoh masa yang panjang dan kekurangan serat dalam diet. Kehamilan juga boleh menyebabkan buasir, disebabkan oleh tekanan yang meningkat pada bahagian abdomen, yang mengembangkan urat darah di rektum atau dubur.


Diet yang mudah dan perubahan gaya hidup kerap membantu mengurangkan kebengkakan buasir dan melegakan gejala-gejala buasir. Pastikan anda memakan makanan berserat tinggi seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian anda. Selain itu, penambahan suplemen seperti Aloe Vera Gel yang kaya dengan zat makanan, boleh membantu pergerakan usus dan mengurangkan keradangan dan gejala buasir. Fields of Greens adalah berguna untuk mengasi masalah sembelit, terutamanya apabila diambil bersama Aloe Vera Gel. Anda boleh menyapu Aloe Vera Gelly yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-keradangan pada buasir luaran.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment