Kesihatan Ginjal


Kesihatan Tubuh Bermula Dari Penjagaan Ginjal
 
Ginjal adalah organ berbentuk kekacang yang terletak di bahagian tengah punggung, tepat di bawah tulang rusuk. Ginjal menyahtoksik dengan menapis darah, membuang air berlebihan dan toksin larut dalam air yang kemudian dikeluarkan melalui air kencing. Ginjal penting untuk menjaga keseimbangan elektrolit dengan mengawal jumlah sodium, klorida, sulfat, fosfat, dan zat hidrogen dalam tubuh kita. Minum air yang mencukupi setiap hari amat penting untuk memelihara fungsi sistem ditoksifikasi ginjal. Oleh kerana itu, seseorang yang kurang minum air akan menghasilkan air kencing yang pekat dan berbau busuk.



Amalan diet dan gaya hidup yang kurang sihat, serta mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ginjal. Berikut adalah penyakit ginjal yang umum:

  • Batu ginjal boleh menyebabkan kesakitan yang serius di bahagian punggung atau sisi tubuh anda. Gejala lain termasuk demam dan menggigil, muntah-muntah dan air kencing berdarah, berbau dan keruh. 
  • Penyakit ginjal kronik (CKD) adalah kehilangan fungsi ginjal secara berperingkat yang boleh menyebabkan kehilangan fungsi ginjal secara kekal dan meningkatkan risiko mengalami strok atau penyakit jantung. Kebanyakan orang tidak mengalami gejala yang jelas sehingga tahap yang serius. Gejala penyakit ini termasuklah kebengkakan pada bahagian tangan atau kaki, keletihan, kulit gatal, kekejangan otot, selera makan berkurang, mual dan muntah
  • Pielonefritis adalah jangkitan buah pinggang yang biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria yang berlaku pada bahagian pundi kencing. Gejalanya termasuk kesakitan pada bahagian punggung tengah dan bahagian bawah punggung, demam, mual, muntah, sakit perut, menggigil dan rasa sakit semasa membuang air kencing.
Tip-tip untuk memelihara ginjal yang sihat

  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Ginjal yang sihat memerlukan air yang banyak untuk “membersihkan” kotoran dan sisa metabolik.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin seperti makanan tin, makanan segera dan sos yang boleh meningkatkan beban ginjal dalam proses pengumuhan
  • Kurangkan alkohol, ia boleh menggangu fungsi ginjal.
  • Jangan menahan air kencing
  • Kekalkan diet yang seimbang dan sihat
  • Kawalan keadaan perubatan seperti penyakit kencing manis, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi yang merupakan penyebab utama penyakit buah pinggang.



Nutrisi Untuk Badan yang Sihat



Forever Lycium Plus*


  • Mengandungi dua jenis tumbuhan tradisi China iaitu Lycium dan Licorice yang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid amino.
  • Lycium telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk memelihara kesihatan ginjal, menguatkan hati, mencerahkan mata dan menjaga paru-paru
  • Sejenis makanan yang amat berkhasiat, ia sering dikenali sebagai ‘Makanan semulajadi yang paling lengkap’
  • Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis amino asid, vitamin B kompleks, vitamin lain, enzim aktif, mineral dan bioflavonoid.
  • Kaya dengan vitamin B kompleks yang penting untuk memelihara kesihatan ginjal.

Forever Bee Propolis
  • Bee propolis mempunyai sifat anti-keradangan semulajdi yang dapat mengurangkan jangkitan pada ginjal.
  • Bee Propolis dapat membantu meningkatkan keupayaan sistem keimunan tubuh untuk melawan bakteria dan virus dengan meningkatkan penghasilan faktor imun semulajadi
  • Berpunca dari gurun besar Sonoran di Arizona; rumah kepada beribu-ribu pelbagai jenis pokok bunga dan penceraman udara yang hampir tidak wujud.

Forever Bee Pollen

  • Sejenis makanan yang amat nerkhasiat, ia sering dikenali sebagai "makanan semulajadi yang paling lengkap".
  • Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis amino asid, vitamin B kompleks, vitamin lain, enzim aktif, mineral dan bioflavonoid
  • Kaya dengan vitamin B kompleks yang penting untuk memelihara kesihatan ginjal.

Mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat serta mengambil nutrisi yang sesuai amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh kita.



Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk  jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
  • Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Didapati di Singapura sahaja

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment