Tinggi Kolestrol & Tekanan Darah


Saya telah didiagnosis dengan kolesterol darah tinggi. Apa yang harus saya lakukan?




Kolesterol darah tinggi adalah disebabkan oleh kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah. Ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kolesterol tinggi termasuklah diet tinggi lemak dan berkolesterol, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol yang berlebihan, tekanan darah tinggi dan faktor genetik.



Seseorang yang mempunyai kolesterol darah tinggi haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan berkolesterol seperti daging, makanan laut, produk tenusu, telur kuning, makanan bergoreng dan makanan ringan. Kurangkan berat badan jika perlu. Bersenamlah selalu dan aktif secara fisikal serta minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari adalah amat penting.



Aloe Vera Gel yang kaya dengan serat yang boleh membantu membersihkan usus justeru membantu menyahtoksik tubuh. Forever Garlic-Thyme boleh membantu meningkatkan metabolisme lemak dan sistem keimunan badan. Forever Arctic-Sea mengandungi EPA, DHA dan Asid Oleik yang boleh membantu meningkatkan metabolisme lemak dan menurunkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dalam tubuh.




TEKANAN DARAH

Apabila tekanan meningkat

Hipertensi atau tekanan darah tinggi kian meningkat di seluruh dunia, dan lebih ramai orang mula menghidapi hipertensi pada usia muda. 1 daripada 5 rakyat Singapura yang berusia 18 hingga 69 tahun, dan 43% rakyat malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi. Gaya hidup dan tabiat pemakanan adalah penyumbang ke arah tren yang kian meningkat dalam hipertensi. Antaranya, diet tinggi gula dan lemak, kurang bersenam, kegemukan, merokok, dan tekanan adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi.

Apakah itu tekanan darah?
Apabila jantung bendenyut, ia mengepam darah ke ateri, membina tekanan (tekanan darah sistolik) pada bahagian dinding saluran darah. Tekanan ini adalah perlu untuk membawa darah ke bahagian badan yang berlainan.

Akan tetapi, apabila tekanan terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan. Apabila tekanan darah sistolik anda adalah 140mmHg atau lebih, atau tekanan darah diastolik anda adalah 90mmHg atau lebih, anda menghidapi hipertensi.

Komplikasi
Hipertensi meningkatkan risiko ateroskerosis (pengerasan dan penyempitan ateri) dan hipertensi yang tidak dikawal boleh mendatangkan pelbagai komplikasi seperti:

l  Penyakit koronari jantung
l  Kegagalan jantung
l  Strok
l  Penyakit ateri periferal (penyempitan saluran darah bahagian kaki / tangan)
l  Kegagalan fungsi ginjal.

Risiko adalah lebih tinggi jika pesakit hipertensi mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, obesiti dan kolesterol tinggi. Dikenali sebagai pembunuh senyap, hipertensi kerap hadir tanpa sebarang simptom.

Mengawal tekanan darah anda*

Tekanan darah
Tekanan darah sistolik
Tekanan darah diastolik
Normal
< 120
< 80
Pra-hipertensi
120-139
80-89
Hipertensi
140 atau lebih
90 atau lebih tinggi

(* Pengelasan adalah berdasarkan pada *The Seventh Report of the Joint National Committe on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure, NIH Publication No. 03-5230, National High Blood Pressure Education Program, May 2003 )

Cara mudah menurunkan tekanan darah.
  • kekalkan berat badan yang sihat
  • bersenam selalu
  • kurangkan natrium (garam) dalam diet anda
  • makan diet yang kaya dengan gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu rendah lemak dan kurangkan makanan yang kaya dengan lemak tepu dan berkolestrol tinggi
  • kurangkan minuman yang beralkohol
  • kurangkan tekanan anda 

Produk Forever untuk tekanan darah yang sihat.

 Aloe Vera Gel
l  Kaya dengan saponin, sejenis agen pembersih semulajadi yang menghasilkan buih kecil, justeru boleh membantu membersihkan usus dan meningkatkan pergerakan usus.

l  Sistem pencernaan yang bersih mengurangkan beban hati dan membolehkan hati memetabolismakan lemak dengan lebih efisien.

Forever Pomesteen Power
l  Campuran jus buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan termasuk buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, raspberi dan ekstrak biji anggur.

l  Antioksidan boleh melindungi saluran darah dengan meneutralkan radikal bebas (radikal bebas boleh mempercepatkan proses pengumpulan bahan berlemak (plak) pada dinding saluran darah).


Forever Arctic-sea
l  Menggabungkan minyak ikan dengan minyak zaitun untuk membekalkan Omega-3 dan Omega-9, untuk mengekalkan keseimbangan kolesterol baik.

l  Mengandungi asid lemak perlu, EPA, DHA, dan asid oleik yang baik untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL) serta mengurangkan tekanan darah.


Forever Absorbent-C
l  Suplemen vitamin C yang terikat matrik dengan bran oat unutk penyerapan maksimum.

l  Vitamin C boleh membantu menguatkan kologen, dengan ini menjadikan saluran darah lebih fleksibel.

Satu antioksidan vitamin yang kuat, yang boleh membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada saluran darah.



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment