Kencing Manis

Pencegahan dan Pengurusan Diabetes




Diabetes adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh paras glukosa (gula) darah yang tinggi. Penyakit ini memerlukan penjagaan jangka masa yang panjang, jika tidak diuruskan dengan baik, boleh menyebabkan komplikasi serius seperti penyakit ginjal, kerosakan saraf, penyakit jantung, penyakit mata dan sebagainya. Di Singapura, satu daripada sebelas orang yang berusia antara 18 hingga 69 tahun menghidap diabetes. Di Malaysia, sebanyak 14% orang yang berumur lebih daripada 30 tahun menghidapi diabetes.



Insulin dan Paras Glukosa Darah


Glukosa berasal dari makanan yang kita makan. Tubuh memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga. Paras glukosa darah bagi seseorang yang normal dikawal oleh hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu insulin. Namun, seseorang yang mempunyai diabetes sama ada disebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak mencukupi, atau sel- sel tubuh tidak dapat menggunakan insulin secara cekap (rintangan insulin). Akibatnya, glukosa terkumpul di dalam darah.



Ciri-ciri
Diabetes jenis 1
Diabetes jenis 2
Kes
Meliputi 10% daripada pesakit diabetes, kebanyakan adalah kanak-kanak atau remaja
Meliputi 90% kebanyakan dewasa pertengahan tahun, 40 tahun ke atas
Sebab
Penyakit auto-imun yang menyebabkan kerosakan sel pankreas dan menyebabkan kekurangan penghasilan insulin.
Insulin tidak mencukupi atau sel tidak dapat menggunakan insulin dengan cekap (rintangan insulin)
Faktor-faktor
Genetik, jangkitan virus ketika usia kecil
Kegemukan, pemakanan yang tidak sihat, jarang bersenam, sejarah keluarga dan penuaan
Rawatan
Suntikan insulin, pengurusan pemakanan dan bersenam
Kurangkan berat badan (sekiranya kegemukan), ubat-ubatan atau suntikan insulin. Pengurusan pemakanan dan besenam juga penting.




Gejala-gejala diabetes termasuk:

  •   Kepenatan
  •   Rasa haus
  •   Sering buang air kecil, terutama pasa waktu malam.
  •   Kehilangan berat badan tanpa sebab.
  •   Penglihatan kabur
  •   Jangkitan kulit dan gatal
  •   Luka lambat sembuh
  •   Kaki dan tangan kebas dan sakit



Pengurusan Diabetes






1. Diet yang sihat

  • Mengambil makanan yang tinggi serat dan pilihlah karbohaidrat kompleks untuk    menggantikan karbohaidrat ringkas. Contohnya, pilih beras merah, roti gandum penuh, biskut bijirin untuk menggantikan nasi putih, roti putih dan biskut manis.
  • Hadkan pengambilan alkohol. Alkohol boleh menganggu kawalan glukosa darah
  • Elakkan makanan dan minuman yang tinggi gula seperti minuman segera, kek, jelli, jem, ais krim, coklat, donut dan pemanis


2. Bersenam selalu

  • Senaman dapat membantu anda untuk mengawal berat badan dan memelihara kesihatan jantung.
  • Jika anda mempunyai diabetes, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman.


3. Penjagaan mata

  • Mendapatkan pemeriksaan mata, sekurang-kurangnya sekali setahun.

4. Penjagaan kaki

  • Cuci kaki anda setiap hari dengan air dan sabun yang sesuai.
  • Keringkan kaki anda dengan menggunakan tuala lembut, terutama di antara jari kaki.
  • Sapukan pelembab pada kaki untuk mengelakan kekeringan dan keretakan kulit
  • Semak kaki samada terdapat goresan, luka dan lecet. (Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga jika penglihatan anda tidak baik)


Nutrisi untuk Badan yang Sihat



Aloe Vera Gel

  • Kaya dengan serat tak-larut air (dapat membantu pencernaan) dan serat-larut air (mengawal kolesterol dan gula darah).
  • Kompleks Antrakuinon mempunyai sifat anti-keradangan, anti-bakteria dan anti-virus, dapat membantu penyembuhan luka.
  • Acemanan membantu meningkatkan sistem keimunan tubuh dengan meransang pengeluaran sel-sel makrofaj (sel darah putih yang dapat menghapuskan mikrob)

Forever Bee Propolis

  • Produk lebah yang 100% semulajadi, tanpa pewarna buatan atau bahan pengawet.
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu meransang tubuh untuk melawan mikrob; membantu mengurangkan jangkitan dan meningkatkan pemulihan luka.
  • Kaya dengan Bioflavonoid, antioksidan kuat yang boleh menjaga kesihatan sistem keimunan tubuh dan menguatkan saluran darah untuk kesihatan jantung.

Nature Min*

  • Membekalkan 11 mineral penting dalam nisbah seimbang untuk penyerapan maksimum. Ia mengandungi mineral yang penting untuk kesihatan seperti Kalsium, Magnesium dan Fosforus; mineral surih (Besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprum, Mangan, Vanadium dan Molybdenum)
  • Vanadium bermanfaat dalam mengawal paras glukosa darah.

* Didapati di Singapura sahaja



Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk  jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
  • Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment