Kanser serviks
adalah kanser ketiga yang paling biasa di kalangan wanita Malaysia selepas
kanser payudara dan kanser kolon. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mencatatkan bahawa di seluruh dunia, seorang wanita akan mati akibat kanser
serviks setiap dua minit. Kanser serviks bermula di servik dan beransur-ansur
menjadi invasif jika tidak diubati.
Bahagian seviks
/ pangkal rahim
- Sebahagian daripada sistem pembiakan perempuan dan bahagian bawah uterus (rahim) yang membuka ke faraj.
- Menghasilkan kelembapan untuk melincirkan faraj dan lendir untuk membantu sperma bergerak sehingga ke tiub Fallopian untuk persenyawaan telur dari ovari. Ketika bersalin, serviks terbuka luas untuk membolehkan bayi melaluinya.
Faktor risiko
- Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV). Terdapat 15 jenis virus HPV yang menyebabkan kanser serviks. Dua jenis paling umum, HPV jenis 16 dan 18 menyebabkan 70% kanser serviks di seluruh dunia.
- Memulakan hubungan seks pada usia muda
- Mempunyai pasangan seks berlainan
- Wanita yang mempunyai kakak / adik perempuan / ibu yang menghidapi kanser serviks
- Mengambil pil pencegah kehamilan
- Merokok
- Sistem imun badan lemah
- Jangkitan penyakit kelamin (contoh Virus Herpers Simplex, Chlamydia)
Simptom
Pada kebanyakan
masa, kanser serviks peringkat awal tidak menunjukkan sebarang simptom.
Simptom-simptom yang mungkin berlaku termasuklah:
- Perdarahan faraj yang tidak normal antara datang haid, selepas persetubuhan atau selepas menopaus
- Keputihan faraj yang berterusan, yang mungkin pucat, berair, merah jambu, perang, berdarah atau berbau busuk.
- Tempoh haid menjadi panjang dan lebih banyak daripada biasa
- Sakit belakang
- Sakit atau bengkak kaki
Pencegahan
Pemeriksaan pelvik
yang kerap dan ujian PAP dapat mengesan perubahan pra-kanser dalam serviks. Ini
adalah penting kerana ketiadaan gejala-gejala awal kanser serviks.
Nutrisi Untuk
Badan yang Sihat
- Antioksidan boleh membantu menentang radikal bebas yang menyebabkan kaser.
- Universiti Perubatan South Carolina (Hollings Cancer Centre) telah menemui asid elagik (ditemui dalam raspberi, buah delima, beri biru, dan kranberi) boleh membantu mencegah sel yang dijangkiti dengan HPV daripada aktif dengan menggalakkan apoptosis (kematian sel) sel kanser.
- Manfaat Aloe Vera Barbadensis yang distabilkan 100% dengan manfaat epal dan kranberi
- Acemanan boleh membantu meningkatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan sel maokrofaj (sel darah putih yang memusnahkan bakteria, sel tumor, virus dan sebagainya)
- Asid elagik (ditemui dalam kranberi) boleh membantu membantutkan pertumbuhan kanser
- Antibiotik semulajadi dengan ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-keradangan.
- Kaya dengan bioflavonoids, antioksidan kuat yang membantu meningkatkan sistem imun badan.
- Propolis lebah membantu merangsang badan untuk menentang bakteria dan virus seperti HIV, sifilis, “cankersores”, gonorea, dan sebagainya dengan meningkatkan penghasilan faktor imun semulajadi badan.
Kanser serviks
boleh dicegah. Amalkan hubungan seks selamat, ujian PAP yang kerap dan
mengekalkan gaya hidup sihat boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser
serviks.
Penafian:
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
- Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
ABOUT THE AUTHOR
Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia
0 comments:
Post a Comment