Aloe Vera, Bee Products, Skincare, Health, Beauty, Physical Fitness, Aromatheraphy
  • Laman Utama
  • Profil
  • Set Cadangan
    • Set Detoks
    • Set Kesuburan
    • Set Penjagaan Kulit
    • Set Kulit Berjerawat
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for 8 Nov 2015
Apa itu Kelenjar Tiroid dan Hormon Tiroid?

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin yang berada tepat di bawah peti suara di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk mengawal tahap metabolisme tubuh, menggalakkan pertumbuhan tubuh yang normal dan lain-lain.

Apa itu Hipotiroidism?



Hipotiroidism adalah suatu keadaan yang dikenali dengan pengeluaran hormon tiroid yang rendah. Gangguan hormon endokrin ini lebih umum pada wanita berbanding lelaki, dan kejadian meningkat dengan usia khususnya selepas 50-an. Punca hipotiroidism termasuklah keradangan tiroid (tiroiditis Hashimoto), kerosakan tiroid (terdedah kepada radioaktif iodin atau pembedahan), kekurangan zat iodin dan kekurangan hormon-peransang tiroid akibat masalah fungsi pituitari.

Oleh kerana hormon tiroid diperlukan untuk kebanyakan fungsi sel, kekurangan hormon tiroid menyebabkan banyak gejala, termasuklah:
  •   Keletihan                                                 
  •   Takut sejuk
  •   Kemurungan
  •   Berat tubuh meningkat
  •   Tidur berlebihan
  •   Rambut yang kering dan kasar
  •   Kulit kering
  •   Sembelit
  •   Paras kolesterol yang meningkat
  •   Konsentrasi berkurang
  •   Pembengkakan pada kelenjar tiroid (jika serius)
Rawatan
Hipotiroidism dirawat dengan mengambil hormon tiroid sintetik. Terapi hipotiroidism perlu dipantau kira-kira setiap enam minggu sehingga paras hormon menjadi stabil.

Produk berikut boleh membantu melegakan simptom tiroid:

Forever Royal Jelly
  • Mengandungi fitohormon yang boleh membantu mengawalatur dan mengimbangi hormon dalam tubuh.
  • Asid nukleik dan Vitamin B kompleks penting untuk pertumbuhan semula sel dan menjaga kesihatan kulit.
  • Suplemen semulajadi tanpa pengawet dan perasa sintetik, mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh.


Aloe Berry Nectar

  • Ekstrak kranberi boleh membantu memelihara sistem hormon yang baik, termasuklah mengawalatur pengeluaran hormoh tiroid.
  • Aloe Vera mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan  kesakitan akibat pembengkakan tiroid.
  • Aloe Vera berfungsi sebagai pengantara untuk membawa nutrien kranberi kepada sel dengan baik.
Forever Bee Pollen
  • Kaya dengan pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, asid amino, karbohaidrat dan enzim yang dapat mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.
  • Sumber yang baik bagi Vitamin B kompleks yang penting bagi melepaskan tenaga dari makanan dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh.
Nature Min*
  • Membekalkan 11 mineral penting dalam nisbah seimbang untuk penyerapan maksimum. Mengandungi mineral utama penting seperti Kalsium, Fosfurus Magnesium, dan mineral (Zat Besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprim, Mangan, Vanadium dan Molibdenum)
  • Membekalkan iodin, sejenis mineral yang diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid.

Saya baru didiagnosis penyakit hipertiroid. Apakah itu hipertiroid dan simptomnya? Apa yang saya boleh buat?

Hipertiroid adalah keadaan dimana kelejar tiroid yang aktif menyebabkan tahap hormon tiroid yang tinggi dan seterusnya menyebabkan fungsi metabolik badan bertambah. Penyakit hipertiroid disebabkan oleh Penyakit Grave’s, keradangan pada kelenjar tiroid, pendedahan lama terhadap radiasi dan pengambilan iodin yang berlebihan.

Kebanyakan pesakit hipertiroid mengalami kebengkakan pada kelenjar tiroid (goiter) yang biasanya membesar dan sakit. Simptom hipertiroid (disebabkan metabolisme badan meningkat) termasuklah peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah, denyutan jantung abnormal, sering berpeluh, jari tangan menggeletar, mudah marah dan gelisah, insomnia, berat badan menurun walaupun selera makan bertambah dan mata benjol.

Dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Pada masa yang sama, produk berikut boleh membantu: Forever Aloe Berry Nectar boleh membantu mengawal atur hormon badan dan mempunyai ciri-ciri anti-keradangan. Forever Royal Jelly pula boleh membantu mengimbangkan perubahan hormon dan mengawalatur sistem saraf. Pomesteen Power boleh membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas (kadar metabolik badan yang tinggi meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam badan).


Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan.
  • Produk ini tidak bertujuan untuk mengdianogsis, merawat, menyembukan atau mencegah sebarang penyakit.  
* Didapati di Singapura sahaja.

Berhati-hati dengan demam denggi.

Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes.

Gejala-gejala demam denggi termasuklah:
  • Demam tinggi (sehingga 40.6 C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kesakitan sendi dan otot yang teruk
  • Loya dan muntah-muntah
  • Ruam kulit - ruam boleh muncul di kebanyakan bahagian badan 3-4 hari selepas demam.
  • Kes yang serius: pendarahan dari hidung, gusi atau di bawah kulit, menyebabkan keunguan
Bagaimana mencegah demam denggi

1.   Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tapak pembiakan nyamuk Aedes termasuk:
  • Menghapuskan air bertakung di rumah dan tempat kerja yang boleh dijadikan tapak pembiakan nyamuk.(nyamuk Aedes hanya berbiak dalam air bertakung)
  • Mencuci pasu bunga dan menukar air setiap minggu.
  • Jangan menyimpan air di dalam bekas terbuka. Menutup semua bekas air dengan penutup.
  • Simpan baldi dan tin air dengan baik.
  • Tutup mangkuk tandas jika anda melancung.

2. Langkah berjaga-jaga untuk mengelakan gigitan nyamuk termasuklah:
  • Mencegah kemasukan nyamuk dengan menutup pintu dan tingkap.
  • Memakai pakaian pelindung seperti baju lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut apabila berada di luar rumah.
  • Menggunakan penghalau nyamuk semasa melakukan aktiviti di luar kawasan berisiko tinggi.
Rawatan

Hospital dan rawatan penggantian bendalir dan elektrolit diperlukan untuk melegakan gejala. Untuk mempercepatkan pemulihan, minum banyak air dan rehat yang mencukupi adalah penting.

Produk berikut boleh membantu dalam pemulihan

Aloe Vera Gel

  • Formula berpaten: mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan berkhasiat.
  • Mengandungi Acemanan yang membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan pemulihan.
  • Mengandungi Kompleks Antrakuinon dengan ciri-ciri anti-keradangan, anti-bakteria dan antivirus yang mungkin boleh membantu untuk mengurangkan jangkitan.
Fields of Greens

  • Mengandungi rumput barli, rumput gandum, alfalfa dan lada cayenne yang merupakan sumber vitamin, mineral dan asid amino yang baik.
  • Kaya dengan vitamin K, penting untuk pembekuaan darah yang normal dan mengurangkan pendarahan.
Forever Lite Ultra with Aminotein

  • Suplemen protein yang juga kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Membekalkan 18 jenis asid amino (termasuk 8 jenis asid amino yang perlu) yang mudah dihadam dan diserap.
  • Suplemen nutrisi yang ideal bagi mereka yang telah menjalani rawatan atau sedang memulih kerana ia membantu membaiki sel-sel badan dan menggalakkan pemulihan yang lebih cepat.


Forever Absorbent-C
  • Suplemen vitamin C yang terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
  • Vitamin C dapat membantu menguatkan kolegen, dengan ini membuatkan saluran darah lebih fleksibel dan mengurangkan pendarahan yang berkaitan dengan demam denggi.
  • Sebagai antitoksidan yang kuat dan dapat membantu meningkatkan fungsi sistem imun.



Penafian:
  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan.
  • Produk ini tidak bertujuan untuk mengdianogsis, merawat, menyembukan atau mencegah sebarang penyakit.  

Adakah anda sering berasa letih dan lemah?

Jika anda sering berasa letih atau penat, anda mungkin menghidapi anemia. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana sesetengah orang yang menghidapi anemia tidak mempunyai simptom sehingga ia menjadi serius.

Apakah itu anemia?
Anemia terjadi apabila badan anda tidak mempunyai sel darah merah yang sihat yang mencukupi. Komponen pembawa oksigen iaitu hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah. Hemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh yang lain. Jika anda menghidap anemia, badan anda tidak menerima oksigen yang mencukupi untuk tisu-tisu penting badan anda. Akibatnya , anda mungkin mempunyai pelbagai simptom seperti keletihan, lemah badan, pening kepala, dan kelesuan.



Apakah yang menyebabkan anemia?
Terdapat pelbagai sebab
  • Penyakit kronik ginjal
  • Kehilangan darah seperti haid yang banyak atau ulser perut
  • Masalah kekurangan nutrien seperti kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Penyakit keturunan darah seperti anemia sel sabit dan thalasemia.
  • Diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12
Apakah simptom umum anemia?
  • Keletihan
  • Lemah badan
  • Kulit pucat
  • Kuku rapuh
  • Sakit dada
  • Pening kepala
  • Kaki atau tangan terasa sejuk
  • Susah bernafas
  • Denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  • Hilang tumpuan
Diagnosis
Untuk mengetahui samada anda menghidapi anemia dan jenis anemia, lakukan ujian darah dan berbincang dengan doktor anda.

Pencegahan
Jika anda mempunyai anemia jenis kekurangan nutrien, amalkan diet tinggi zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging, telur, kekacang, lentil, dan sayuran berdaun hijau. Makanlah makanan kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus, yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Selain itu, daging dan produk tenusu adalah sumber baik untuk vitamin B12 sementara buah-buahan, sayuran berdaun hijau dan kekacang membekalkan asid folik. Suplemen yang kaya dengan vitamin B12, asid folik dan zat besi boleh membantu juga.

Produk Forever yang boleh membantu

Forever Bee Pollen
  • Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis asid amino dan vitamin B kompleks (termasuk vitamin B12 dan asid folik) yang berguna untuk pembentukan sel darah merah dan mengurangkan keletihan
  •  Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan diperkaya dengan jeli raja dan madu lebah.



Forever B12 Plus*
  • Kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan kekurangan asid folik dan sebaliknya. Ini kerana kedua-dua vitamin ini penting untuk pembentukan sel darah merah yang normal.
  • Forever B12 Plus mengandungi vitamin B12 dan asid folik dalam formula pelepasan masa yang untuk membantu dalam proses metabolik termasuklah penghasilan sel darah merah.


Forever Absorbent-C
  • Kombinasi istimewa vitamin C, bioflavonoid sitrus dan betik, dan terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
  • Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan menolong mengaktifkan asid folik, dua elemen penting yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.



Forever Nature Min*
  • Membekalkan hampir kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia; sumbernya dari dasar laut semulajadi.
  • Membekalkan 11 mineral penting termasuklah zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin.



*Didapati di Singapura sahaja.

Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang psoriasis?

Psoriasis adalah masalah kulit jangka panjang di mana sel kulit tumbuh terlalu cepat, menyebabkan lapisan tebal, putih, kelabu atau tompok merah pada kulit. Biasanya, kitaran kulit adalah sekitar 28 hari. Akan tetapi, bagi psoriasis, sel baru tumbuh dengan cepat dalam kira-kira 7 hari dan lapisan tebal kulit terbentuk. Ia sering terbentuk di bahagian lutut, siku, kulit kepala, tangan, kaki atau belakang badan.

Pakar-pakar percaya bahawa psoriasis terjadi apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan, menyebabkan keradangan dan kulit mengelupas. Dalam sesetengah kes, psoriasis termasuklah iklim sejuk dan kering, jangkitan, tekanan dan kulit kering.

Penjagaan kulit di rumah boleh membantu untuk melegakan gejala-gejala psoriasis. Gunakan Aloe Bath Gelee, sembur Aloe First, kemudian sapu Aloe Vera Gelly dan Aloe Propolis Creme untuk memastikan kulit anda lembab dan mengurangkan kegatalan. Selain itu, Aloe Vera Gel boleh membantu untuk meredakan keradangan pada kulit, dan Forever Bee Propolis boleh membantu untuk menguatkan sistem imun badan.


Penggunaan dalaman



Penggunaan luaran




Para penyelidik mempercayai bahawa ekzema adalah berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, walaupun terdapat pencetus yang mengakibatkan simptomnya. Ekzema adalah perkara biasa - lebih kurang 1 dalam 10 orang di dunia mengalami ekzema pada suatu ketika hidup mereka.

Apakah itu ekzema?
Ekzema adalah keadaan kulit yang menyebabkan kulit menjadi merah, merengsa dan gatal. Kadangkala, benjol kecil yang dipenuhi cecair muncul pada kulit. Ekzema adalah biasa berlaku pada bayi tetapi berkurangan pada zaman dewasa.

Pencetus
Berikut adalah pencetus atau penyebab simptom ekzema semakin memburuk:
  • Alergi terhadap debunga di udara, kulapuk, hama atau haiwan.
  • Selesema
  • Kulit kering
  • Pendedahan pada perengsa alam sekitar
  • Pewangi atau pewarna yang ditambah pada losyen atau sabun
  • Tekanan hidup
  • Alergi makanan
Simptom

1.        Biasanya, simptom pertama adalah kegatalan yang amat sangat
2.        Ruam menjadi gatal-gatal atau rasa membakar
3.        Jika digaru, ia mungkin pecah atau berkeruping
4.        Menggosok selalu menyebabkan plak kulit menebal
5.        Kuping yang menyakitkan terbentuk

Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun, luka kulit bermula pada muka, kulit kepala, tangan, dan kaki. Ia selalu berkerak atau meleleh.

Bagi kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dan orang dewasa, ruam biasa didapati dibahagian dalam lutut dan siku.

Penjagaan diri (luaran)
  • Elakkan apa-apa sahaja yang menyebabkan reaksi alergi (contohnya menukar bahan pencuci kepada Forever MPD 2x Ultra)

  • Mencegah kulit kering dengan mandi air suam (tidak terlalu panas) atau tidak mandi terlalu lama.
  • Gunakan Aloe Bath Gelee ketika mandi, lap badan kering, kemudian menyembur Aloe First dan akhirnya penyapu Aloe Vera Gelly diikuti dengan Aloe Propolis Creme.

  • Elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan kasar.
  • Elakkan dari mengaru ruam. Jika anda tidak boleh menahan diri dari mengaru, tutup bahagian tersebut dengan pembalut.
  • Makan dengan sihat, lakukan senaman ringan dan berehat dengan secukupnya.

Produk berikut boleh membantu melegakan simptom ekzema

Aloe Vera Gel

  • Mengandungi Aloe Vera berpaten yang distabilkan 100%
  • Mengandungi kompleks Antrakuinon yang boleh membantu mengurangkan keradangan kulit dan kesakitan
  • Mengandungi Acemanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan


Forever Bee Propolis

  • Boleh membantu mengalakkan penghasilan faktor keimunan semulajadi (interferon) dan dengan demikian meningkatkan sistem keimunan badan.
  • Boleh membantu menentang alergi dan mengurangkan keradangan.


Forever Absorbent-C

  • Membantu meningkatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan neutrofil (sejenis sel darah putih), penghasilan antibodi badan dan mengawal fungsi sel darah putih.
  • Boleh membantu mengurangkan reaksi alergi dengan mengurangkan penghasilan histamin (histamin adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kebengkakan, kegatalan dan hidung berair)


Forever Arctic-Sea
  • Kaya dengan Omega-3 (dari ikan lautan sejuk) dan Omega-9 (dari minyak zaitun) yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan dengan demikian membantu mengurangkan kesakitan.

Jerawat adalah kulit yang dikenali oleh keradangan, pembengkakan dan kemerahan. Jerawat biasanya didapati pada muka, leher, dada, dan pungung.

Jerawat mula bertumbuh dalam kulit 2 hingga 3 minggu sebelum ia muncul dipermukaan kulit. Pada setiap folikel rambut terdapat kelenjar minyak yang menghasilkan sebum (bahan minyak) supaya kulit sentiasa lembut dan lembap. Biasanya sebum harus dikeluarkan melalui pori-pori kulit. Jerawat terjadi apabila sebum kering dan sel-sel kulit mati menghalang sebum daripada dirembes keluar pada permukaan kulit. Hal ini meningkatkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkan keradangan kulit dimana jerawat muncul.

Jerawat adalah umum pada zaman remaja kerana sebum yang dihasilkan berlebihan akibat perubahan hormon. Namun, jerawat juga boleh berlaku pada orang dewasa muda kerana tekanan hidup, ketidakseimbangan hormon, kebersihan peribadi yang kurang baik, toksin dari persekitaran, tabiat makan yang kurang baik dan lain-lain. Wanita juga boleh mengalami jerawat sebelum atau semasa datang haid.

Tip untuk penjagaan kulit berjerawat
  • Cuci muka dua kali sehari (tidak melebihi dua kali) dengan pencuci muka yang sesuai
  • Jangan memicit jerawat. Ini boleh menyebabkan kebengkakan dan kemerahan yang lebih teruk.
  • Elakkan daripada menyentuh muka anda, kecuali selepas mencuci tangan anda.
  • Pastikan rambut anda sentiasa bersih. Elakkan rambut daripada bersentuh dengan muka untuk mengelakkan kotoran dan minyak yang boleh menyumbat pori-pori kulit.
  • Uruskan tekanan hidup dengan baik.
  • Tidur dan rehat yang mencukupi.
  • Elakkan mengambil makanan atau minuman seperti makanan bergoreng, makanan dan minuman ringan, serta makanan segera.
  • Lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
  • Pastikan diet anda kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan kulit.


Regim penjagaan kulit



Regim kecantikan Forever Blanc Detox adalah sesuai untuk kulit normal dan berminyak, kulit jerawat dan sensitif.



Bahan utama dalam produk ini adalah Aloe Vera yang distabilkan 100%
Aloe Vera adalah kaya dengan komponen-komponen berikut yang bermanfaat bagi kulit jerawat.
  • Saponin membersihkan kulit dengan lembut dan menguatkan pertahanan kulit semulajadi untuk melawan kuman dan membantu mengurangkan jerawat.
  • Lignin mempunyai daya penembusan yang dalam, justeru membantu membawa nutrien dalam Aloe Vera ke dalam sel kulit.
  • Asid amino membantu untuk mengalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit dan pembaikpulihan kulit
  • Kompleks Antrakuinon mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-keradangan semulajadi, membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan dengan kebengkakan jerawat.
  • Vitamin dan Mineral membantu melindungi kulit dan meningkatkan pembaharuan sel kulit


Produk Forever yang boleh membantu
Berikut adalah beberapa produk suplemen yang membantu untuk mengurangkan masalah kulit jerawat:

Aloe Vera Gel
  • Mengandungi Saponin, sejenis ajen semulajadi menghasilkan buih dan membantu membersihkan usus; manakala serabut membantu meransang pergerakan usus besar dan pembuangan air besar.
  • Membantu dalam penyahtoksikan badan. Kulit yang sihat berasal dari sistem pencernaan yang sihat.
  • Mengandungi Kompleks Antrakuinon yang membantu mengurangkan keradangan kulit

Forever Royal Jelly

  • Mengandungi Fitohormon yang membantu dalam mengawalatur keseimbangan hormon. (ketidakseimbangan hormon adalah penyebab utama jerawat).
  • Berpunca dari gurun besar Sonoran di Arizona; rumah kepada beribu-ribu pelbagai jenis bunga dan pencemaran udara hampir tidak wujud


Forever Arctic-Sea

  • Gabungan minyak ikan dengan minyak zaitun, ditambah dengan vitamin E untuk memelihara kesegaran minyak.
  • Mengandungi EPA iaitu Omega-3 yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan kebengkakan yang berkaitan dengan jerawat.


Forever Bee Propolis

  • Kaya dengan 22 jenis Asid Amino, Vitamin B kompleks dan diperkaya dengan jeli raja, nutrien-nutrien ini penting untuk menjaga kesihatan kulit.
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi dengan mengurangkan keradangan dan pembengkakan yang berkaitan jerawat.


Pomesteen Power

  • Campuran jus buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan termasuk buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, paspberi, dan ekstrak biji anggur.
  • Kaya dengan Antioksidan dan vitamin C yang penting untuk mengurangkan keradangan kulit dan meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit.


Kulit yang cantik berasal dari badan yang sihat. Diet yang sihat ditambah dengan suplemen yang sesuai amat penting untuk menjaga kesihatan kulit.




Kulit - kecantikan dari dalaman ke luaran

Kulit kita adalah organ penyahtoksikan terbesar, dimana toksin dikeluarkan melalui kelenjar peluh. Jadi, apabila penyahtoksikan kulit tidak kompeten dengan sistem badan yang lain, toksin boleh menyebabkan akne dan ruam.

Pendek kata, kulit adalah salah satu penunjuk kesihatan kita. Kedut, kulit kering atau berminyak, akne, dan keradangan adalah tanda- tanda kesihatan usus yang lemah, yang sering disebabkan oleh tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan kulit.

Berikut adalah masalah kesihatan kulit yang umum;

1.   Akne - disebabkan oleh kelenjar minyak terlalu aktif. Minyak berlebihan menyebabkan pori melekit, dan bakteria terperangkap di dalamnya. Faktor lain yang menyumbang kepada akne adalah hormon tidak seimbang, tekanan, kekurangan tidur, diet tidak seimbang dan pengumpulan toksin dalam badan.




2.   Kedut - disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan kepada pencemaran persekitaran dan sinaran ultraungu.

3.  Bintik hitam / ‘blackhead’ - terjadi apabila minyak bergabung dengan pigmen kulit dan menyumbat pori



Untuk mengatasi masalah kulit, ramai orang menggunakan kosmetik topikal, termasyuk losyen, sabun, skrub, toner dan krim. Akan tetapi, merawat masalah kulit dengan produk kecantikan hanya boleh membantu sedikit dalam menyelesaikan akar masalah: nutrisi yang kurang sihat dan pendedahan kepada toksin dalam produk makanan dan persekitaran.

Adalah sangat penting untuk menyuburkan kulit, menjadikannya sihat dan muda. Berikut adalah cara-cara yang mudah untuk kulit yang sihat dan berseri.
  • Mulakan hari anda dengan Forever Pomesteen Power* (kaya dengan antioksidan, yang boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas akibat pencemaran persekitaran dan toksin dan melambatkan penuaan pra-matang).
  • Minum sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari
  • Makan makanan yang sihat
  • Bersenam
  • Tidur secukupnya
  • Melepaskan tekanan

Produk Forever yang boleh membantu

Forever Arctic-Sea
Kulit yang kering, meradang atau seringkali terjadi bintik hitam atau bintik putih, boleh mendapat manfaat daripada suplemen asid lemak perlu, khasnya Omega-3. Asid lemak perlu boleh membantu dalam penyembuhan kulit, mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Forever Absorbent-C
Vitamin C adalah sejenis vitamin antioksidan yang kuat yang boleh membantu dalam mengurangkan kerosakan radikal bebas, akibat pendedahan cahaya matahari atau pencemaran. Radikal bebas boleh menyebabkan struktur kologen dan elastin lemah menyebabkan terjadinya kedut dan gejala-gejala penuaan pra-matang. Vitamin C juga boleh membantu dalam menggiatkan penghasilan kologen.

Aloe Vera Gel
Aloe Vera mengandungi saponin, yang boleh membantu membersihkan usus kecil, sementara serabut boleh membantu dalam pergerakan usus besar dan melancarkan pembuangan najis. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.

Forever Royal Jelly
Tekanan dan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan akne. Jelly Raja mengandungi fitohormon yang boleh membantu dalam mengawalatur hormon tubuh, dan kulit anda akan menjadi lebih baik.


Forever Active HA*
Apabila usia kita semakin tua, kebolehan kulit untuk menghasilkan asid hialuronik (HA) berkurangan dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih kering, menipis dan kemunculan garis-garis halus dan kedut. Forever Active HA boleh membantu kulit mengekalkan kelembapan dan meningkatkan kelembapan sel kulit, justeru, kulit kelihatan lebih licin dan anjal.

Forever Lite Ultra with Aminotein
Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan dan untuk kulit yang sihat juga. Forever Lite Ultra with Aminotein membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membantu dalam pengahasilan kologen.
Dengan tabiat yang mudah dan bantuan produk Forever, kulit yang sihat adalah sesuatu yang kita boleh capai.
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Forever Business Owner




KONSULTANSI NUTRISI, PRODUK & BISNES FOREVER LIVING

FBO ID : 60000338886

Nahdatul Asma Jaini
0193352234
http://www.wasap.my/60193352234

Asrul Affendi Amirrudin
0193312234
http://www.wasap.my/60193312234

Email : asmaasrulforever@gmail.com

Ingin mendapatkan Aloe Vera Gel PERCUMA?

Klik SINI

Facebook Page

Aloe Vera with Asma

Senarai Produk

Absorbent C Active HA Aloe Activator Aloe Berry Nectar Aloe Jojoba Shampoo & Conditioner Aloe Vera Bits N Peaches Aloe Vera Gel Argi+ Artic Sea B12 Plus Bath Gel Bee Pollen Bee Propolis Bright ToothGel Calcium Clean 9 Deodorent Fiber Forever Kids Foreverlite Garlic-Thyme Ginchia Ginko Plus Lycium Plus Pomesteen Power Royal Jelly Shampoo Toothgel Vitolize Men's Vitolize Women's

Paling Digemari

  • Kesihatan Hati
    Apakah yang menyebabkan hati berlemak? Apakah gejala-gejalanya? Hati berlemak atau ‘steatosis’ dalah penyakit hati yang disebabkan ole...
  • Kesihatan Ginjal
    Kesihatan Tubuh Bermula Dari Penjagaan Ginjal   Ginjal adalah organ berbentuk kekacang yang terletak di bahagian tengah punggung, t...
  • SLE
    Apa itu SLE? SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem ...
  • Buasir
    Doktor baru mengesahkan saya menghidap buasir. Apa yang patut saya lakukan? Buasir adalah kebengkakan dan keradangan urat darah di sek...
  • Manfaat Vitolize Men untuk Kesihatan Lelaki
    1. Vitamin bahan campuran herba yang sangat berkesan termasuk vitamin, mineral, dan antioksidan untuk membantu mengekalkan aliran kenci...

Arkib Blog

  • ►  2019 (14)
    • ►  October (14)
      • ►  Oct 17 (1)
      • ►  Oct 16 (2)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (4)
      • ►  Oct 12 (2)
      • ►  Oct 11 (2)
      • ►  Oct 10 (1)
      • ►  Oct 09 (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  March (7)
      • ►  Mar 30 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
      • ►  Mar 23 (2)
      • ►  Mar 18 (3)
  • ►  2017 (5)
    • ►  March (5)
      • ►  Mar 22 (5)
  • ▼  2015 (58)
    • ▼  November (58)
      • ►  Nov 10 (12)
      • ►  Nov 09 (28)
      • ▼  Nov 08 (16)
        • Kesihatan Tiroid
        • Demam Denggi
        • Anemia
        • Psiorisis
        • Ekzema
        • Penjagaan Kulit Berjerawat
        • Penjagaan Kulit (dari dalaman)
        • Migrain
        • Sinusitis
        • Katarak
        • Ulser Mulut
        • Masalah kebotakan lelaki
        • Nutrisi untuk Vegetarian
        • Kesihatan Warga Tua
        • Kesihatan Kanak-kanak
        • Senaman
      • ►  Nov 06 (1)
      • ►  Nov 05 (1)

Terjemahkan

Featured post

Aloe Vera Gelly & Aloe Propolis Cream

  ALOE VERA GELLY Kenapa Aloe Vera Gelly adalah popular dikalangan pengguna kita? Kandungan Aloe Vera yang distabilkan 100% adal...

Jumlah Pengunjung

Copyright 2014 Aloe Vera, Bee Products, Skincare, Health, Beauty, Physical Fitness, Aromatheraphy.
Designed by OddThemes