Aloe Vera, Bee Products, Skincare, Health, Beauty, Physical Fitness, Aromatheraphy
  • Laman Utama
  • Profil
  • Set Cadangan
    • Set Detoks
    • Set Kesuburan
    • Set Penjagaan Kulit
    • Set Kulit Berjerawat
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for 9 Oct 2019
Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda. Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah. Apendisitis (radang Apendiks) merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah. Adalah dianggarkan lebihkurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka

Simptom utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula di bahagian perut (tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6 – 12 jam dan lama-kelamaan ianya menjadi lebih teruk.

Sesiapa sahaja boleh mengalami apendisitis tetapi lazimnya ia terjadi kepada mereka yang berumur di antara 10 – 30 tahun. Apendisitis merupakan salah satu sebab utama surgeri di bahagian abdomen kanak-kanak dilakukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.



Tanda-tanda dan Simptom

#Apendisitis boleh mengakibatkan pelbagai simptom yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda.

Lama-kelamaan, rasa sakit itu akan bergerak ke bahagian kanan bawah abdomen anda – kawasan ini dikenali sebagai poin McBurney. Bahagian ini terletak kira-kira di bahagian pertengahan di antara perut dan bahagian atas tulang pelvik kanan anda. Walaubagaimanapun, bagi ramai pesakit yang mengalami apendisitis, bahagian yang sakit mungkin berbeza bergantung kepada umur dan posisi apendiks tersebut, lebih-lebih lagi kanak-kanak dan juga orang tua yang mungkin mengalami sakit apendisitis di tempat yang berlainan dari yang disebut di atas.

Jika anda tekan secara perlahan di kawasan yang sakit itu, ia akan terasa lembut. Tetapi, apabila anda lepaskan tekanan itu, lebih-lebih lagi jika anda melakukannya secara tiba-tiba, rasa sakit apendiks itu akan menjadi lebih teruk (rebound tenderness). Ia juga akan menjadi lebih teruk jika anda batuk, berjalan atau melakukan sebarang pergerakan. Tambahan pula jika apendiks yang membengkak itu bersentuhan dengan peritoneum – lapisan membran selembut sutera yang meliputi dinding abdomen dan usus. Namun demikian, jika anda membaringkan tubuh anda di sisi dan menarik lutut ke dada anda, rasa sakit yang dialami akan berkurangan.

Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:

~ rasa mual dan muntah
~ hilang selera makan
~ demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
~ sembelit
~ tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
~ cirit-birit
~ bengkak di bahagian abdomen


Punca-punca berlakunya Apendisitis

Setakat ini tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendisitis berlaku. Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila terdapat sisa makanan atau ketulan najis yang keras (fecal stone) terperangkap di dalam saluran apendiks anda.

Apendisitis juga mungkin terjadi akibat jangkitan seperti jangkitan virus di dalam usus atau ia mungkin terjadi akibat inflamasi yang lain. Dalam kedua-dua konteks, bakteria akan merebak dengan cepat, menyebabkan apendiks itu membengkak dan dipenuhi nanah. Jika tidak dirawat dengan segera, apendiks anda mungkin akan pecah.

Cadangan Produk
Bee Propolis dan Garlic Thyme. 2 biji setiap 4 jam. Natural/ #antibiotik Semula jadi dan berkesan membantu dalam mencegah jangkitan.

Aloe Vera Gel . 90 - 180ml harian,  #Antiradang, tahan sakit, anti-biotik semula jadi, mudahkan pencernaan, kesan nutrisi terbaik untuk sel.



Subscribe to: Comments ( Atom )

Carian

Forever Business Owner




KONSULTANSI NUTRISI, PRODUK & BISNES FOREVER LIVING

FBO ID : 60000338886

Nahdatul Asma Jaini
0193352234
http://www.wasap.my/60193352234

Asrul Affendi Amirrudin
0193312234
http://www.wasap.my/60193312234

Email : asmaasrulforever@gmail.com

Ingin mendapatkan Aloe Vera Gel PERCUMA?

Klik SINI

Facebook Page

Aloe Vera with Asma

Senarai Produk

Absorbent C Active HA Aloe Activator Aloe Berry Nectar Aloe Jojoba Shampoo & Conditioner Aloe Vera Bits N Peaches Aloe Vera Gel Argi+ Artic Sea B12 Plus Bath Gel Bee Pollen Bee Propolis Bright ToothGel Calcium Clean 9 Deodorent Fiber Forever Kids Foreverlite Garlic-Thyme Ginchia Ginko Plus Lycium Plus Pomesteen Power Royal Jelly Shampoo Toothgel Vitolize Men's Vitolize Women's

Paling Digemari

  • Kesihatan Hati
    Apakah yang menyebabkan hati berlemak? Apakah gejala-gejalanya? Hati berlemak atau ‘steatosis’ dalah penyakit hati yang disebabkan ole...
  • SLE
    Apa itu SLE? SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem ...
  • Kesihatan Ginjal
    Kesihatan Tubuh Bermula Dari Penjagaan Ginjal   Ginjal adalah organ berbentuk kekacang yang terletak di bahagian tengah punggung, t...
  • Buasir
    Doktor baru mengesahkan saya menghidap buasir. Apa yang patut saya lakukan? Buasir adalah kebengkakan dan keradangan urat darah di sek...
  • Bell's Palsy
    Bells Palsy adalah penyakit saraf yang mengenai saraf fasialis (wajah), menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah, sehingg...

Arkib Blog

  • ▼  2019 (14)
    • ▼  October (14)
      • ►  Oct 17 (1)
      • ►  Oct 16 (2)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (4)
      • ►  Oct 12 (2)
      • ►  Oct 11 (2)
      • ►  Oct 10 (1)
      • ▼  Oct 09 (1)
        • Apendiks
  • ►  2018 (7)
    • ►  March (7)
      • ►  Mar 30 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
      • ►  Mar 23 (2)
      • ►  Mar 18 (3)
  • ►  2017 (5)
    • ►  March (5)
      • ►  Mar 22 (5)
  • ►  2015 (58)
    • ►  November (58)
      • ►  Nov 10 (12)
      • ►  Nov 09 (28)
      • ►  Nov 08 (16)
      • ►  Nov 06 (1)
      • ►  Nov 05 (1)

Terjemahkan

Featured post

Aloe Vera Gelly & Aloe Propolis Cream

  ALOE VERA GELLY Kenapa Aloe Vera Gelly adalah popular dikalangan pengguna kita? Kandungan Aloe Vera yang distabilkan 100% adal...

Jumlah Pengunjung

Copyright 2014 Aloe Vera, Bee Products, Skincare, Health, Beauty, Physical Fitness, Aromatheraphy.
Designed by OddThemes