SLE

Apa itu SLE?

SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.
Simptom SLE

Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal disebabkan gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE antara 70 hingga 80% pesakit mengalami masalah kulit.

Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.

Antara gejala-gejala SLE:

ruam pipi (malar rash)
• ruam merah pada kulit (discoid rash)
• peka terhadap cahaya (photosensitivity)
• luka sekitar mulut (oral ulcers)
• artitris (radang sendi)
• radang pada selaput sereus (serositis)
• kelainan pada ginjal (renal disorder)
• kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
• kelainan darah (hematologic disorder)
• kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)

Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 – 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen.

 Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.
Langkah berjaga-jaga, Jangan minum minuman dengan kafein. Ini mempercepatkan degupan jantung dan menghasilkan tekanan. Pesakit perlu bertenang, ini akan membantu pesakit hidup lebih baik. Makan makanan yang rendah lemak dan kolesterol serta mengurangkan pengambilan garam, kerana kolesterol dan garam menggalakkan masalah jantung. 

·Makan dalam kuantiti yang banyak serat. Ini membantu untuk menghapuskan masalah gastro-usus. Jika pesakit sensitif kepada cahaya, cuba menggunakan pelindung matahari yang berkualiti tinggi seperti cermin mata hitam UV.

Dicadangkan Pengambilan Harian Tambahan
======================================
• Aloe Vera Gel - Anti-radang, penahan sakit, antibiotik semula jadi, pembentukan sel baru.

• Arctic Sea - membantu menyokong fungsi peredaran darah

• Bee Propolis - antibiotik Asli dan Menguatkan sistem imun.

• Absorbent C - antioksidan yang kuat. Menguatkan sistem imun.

• Garlic Thyme - Ia merangsang sistem imun dan mencegah jangkitan.

• A-Beta-CARE - antioksidan yang kuat, membantu melawan jangkitan, pembaikan dan mengekalkan tisu badan.

• Nature Min - Diperlukan untuk komposisi yang betul dan fungsi badan.


Penafian:


  • Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk  jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan
  • Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

2 comments:

  1. The wellness administrations had dependably been consumed by the urban and semi-urban zones of the nation. best stethoscope

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete