Katarak

Adakah penglihatan anda kabur?


Apa itu katarak?

Katarak adalah bahagian keruh dibahagian kanta mata (kanta membantu untuk menumpukan cahaya atau imej pada retina). Kanta normal adalah jernih yang membolehkan cahaya melaluinya ke bahagian belakang mata, supaya seseorang boleh melihat imej dengan jelas. Jika sebahagian kanta menjadi legap (keruh), cahaya tidak boleh melaluinya dengan mudah dan penglihatan menjadi kabur - seperti melihat pada air yang keruh atau tingkap berkabus.

Dalam kebanyakan kes, katarak adalah berkaitan dengan umur dan muncul pada peringkat akhir hidup. Katarak berkaitan dengan usia terjadi dalam dua cara;
1. Apabila cahaya ultraungu melalui kanta mata, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakan protin dalam tisu. Ini menyebabkan protin berkumpul dibahagian kanta, menyebabkan ia menjadi keruh.
2. Pemecahan protin di kanta menyebabkan pengumpulan pigmen kuning-keperangan yang menyelubungi kanta.

Faktor risiko katarak berkaitan umur termasuklah;
  • Penuaan (Muncul pada umur 40, 50, 60 tahun ke atas)
  • Sejarah keluarga
  • Penyakit kencing manis untuk jangka masa lama
  • Pendedahan kepada cahaya terang untuk masa yang lama
  • Keradangan mata           
  • Penggunaan sesetengah ubat untuk jangka masa panjang (contoh statin dan steroid)
  • Merokok
Simptom

Biasanya seseorang tidak mengalami sebarang simptom sehiggalah katarak cukup besar untuk menggangu laluan cahaya melalui kanta. Lima simptom yang umum bagi katarak berkaitan usia adalah:
  • Penglihatan kabur
  • Penglihatan terjejas oleh bintik atau titik kecil
  • Penglihatan menjadi teruk apabila lampu malap
  • Membaca menjadi sukar dan akhirnya mustahil
  • Penglihatan berganda


Pencegahan katarak
  • Berhenti merokok
  • Lebihkan pengambilan antioksidan
  • Pakai cermin mata hitam untuk menghalang sinaran UV
  • Pastikan diabetes dibawah kalwalan jika anda mempunyai penyakit diabetes
  • Bersenam selalu
Rawatan

Bagi pembedahan katarak, bahagian kanta mata yang keruh dikeluarkan dan diganti dengan implan kanta tiruan yang jenih yang dikenali sebagai kanta intraokular (IOL).
Pembedahan katarak sering dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan pelindung pada mata anda.

Penglihatan anda adalah aset yang sangat berharga, dan senang terdedah kepada kesan kesan penuaan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi mata anda. Ia tidak terlalu awal atau lambat untuk mula melindungi penglihatan anda.
Produk berikut adalah penting untuk kesihatan mata

Aloe Bits N Peaches
  • Membekalkan kebaikan Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% dengan manfaat buah pic. 
  • Buah pic mengandungi vitamin A, C, dan E yang diperlukan untuk mengaktifkan Glutathione (fragmen protin yang melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas) justeru memainkan peranan dalam pencegahan katarak.


Forever Pomesteen Power
  • Minuman berantioksidan yang diperbuat dari buah-buahan berantioksidan tinggi : buah delima, manggis, pir, raspberi, beri hitam, beri biru dan ekstrak biji anggur.
  • Mengandungi Antioksidan yang membantu melindungi mata dari bahaya sinaran ultraungu dengan mencegah atau melambatkan pemecahan protin di kanta.




Forever Arctic-Sea
  • DHA ditemui dengan kepekatan tinggin di bahagian retina mata.
  • Membekalkan DHA yang bermanfaat untuk mata, justeru melambatkan proses perkembangan progresif katarak


Forever Lycium Plus*
  • Mengandungi Lycium, herba Cina yang kaya dengan 5 jenis karotenoid (Beta-karotena, Lutein, Lycopene, Cryptoxanthin, Zeaxanthin) yang membantu dalam menggalakkan penglihatan yang baik dan melambatkan perkembangan progresif katarak

Penafian:
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu, atau mempunyai masalah kesihatan.

- Produk ini tidak bertujuan untuk mengdianogsis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* Didapati di Singapura sahaja.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment