Sopak (Vitiligo)




Sopak atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi dimana sel-sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, ia memusnahkan membran mukosa.

Akibatnya ia akan menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar menjadi putih.

Antara sebab terjadinya sopak/ vitiligo:

1.Penghasilan antibodi yang telah menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.
2.Kemusnahan melanosit dengan sendirinya.
3.Ada kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan (sunburn) dan kerana tekanan emosi juga boleh menyebabkan terjadinya Sopak atau Vitiligo.

Secara umum, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40/ 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95% penghidap vitiligo bermula apabila umur mereka mencecah 40-an. Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum, umur atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih cenderung terjangkit kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit dimana daya ketahanan seseorang individu bertindakbalas keatas tisu dan organnya sendiri.

Tanda-tanda Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya adalah dengan kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagian tertentu pada badan. Tompok ini selalunya terjadi di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki , lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada kes yang telah merebak hingga ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara cepat atau perlahan. Ia bergantung penuh kepada ketahanan antibodi individu itu sendiri.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia

0 comments:

Post a Comment