Jantung anda berdegup 100,000 kali sehari, 40 juta kali setahun dan membekalkan oksigen dan nutrient untuk badan anda, sambil menyingkirkan bahan buangan yang berbahaya.
Seperti semua organ di dalam badan anda, jantung anda memerlukan penyelenggaraan yang betul jika ia akan terus melaksanakan tugasnya secara optimum. Belajarlah nombor dan apa yang anda boleh lakukan untuk menjaga kesihatan jantung anda.
1. Kadar jantung berehat di bawah 90
Kadar degupan jantung berehat ditentukan dengan mengira denyutan jantung anda dalam satu minit. Kadar degupan jantung berehat yang perlahan bermakna jantung anda lebih kuat dan cekap. Kadar degupan jantung yang tinggi menunjukkan bahawa jantung anda perlu berkerja keras untuk melakukan perkara yang sama.
Salah satu sebab utama kadar degupan jantung anda meningkat adalah melawan keradangan. Tambah Forever Arctic-Sea dalam suplemen harian anda untuk membantu mengurangkan kolesterol dan melawan keradangan.
Forever Arctic-Sea
• Mengandungi asid lemak perlu, EPA dan DHA, dan asid oleik (dari minyak zaitun) yang boleh membantu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
• Omega-3 dan Omega-9 (dari minyak zaitun) boleh membantu mengurangkan pengumpulan platelet untuk mengelakkan pembekuan darah dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Hadkan pengambilan kurang dari 1 sudu teh garam setiap hari Natrium (garam) yang berlebihan menjejaskan jantung, ginjal dan saluran darah . Ia meningkatkan tekanan darah anda yang menyebabkan jantung anda bekerja lebih cepat dan ini boleh membawa kepada tekanan darah tinggi dan strok.
Kebanyakan garam tersembunyi dalam makanan yang kita beli di kedai runcit/pasaraya seperti makanan beku, bijirin sedia dimakan, makanan tin dan sebagainya.
3. Hadkan pengambilan gula tidak melebihi 7 sudu teh setiap hari
Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan meletakkan anda dalam risiko tinggi penyakit jantung dan strok. Anda mungkin tidak menyedari jumlah gula yang anda makan. Sebagai contoh, satu tin cola mengandungi 8 sudu teh gula.
Minuman tin, gula, kek, biskut, ais krim, yogurt manis, susu manis – semuanya mengandungi amaun gula yang tinggi.
4. 25 gram serat setiap hari
Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa lebih banyak serat dalam diet anda, lebih rendah risiko serangan penyakit jantung. Serat bertindak sebagai magnet dalam usus anda, ia menarik kolesterol yang melalui sistem pencernaan anda, menyingkirkannya sebelum ia diserap ke dalam saluran darah anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak serat, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Tambah Aloe Vera Gel dalam suplemen harian anda untuk manfaat aloe vera.
Aloe Vera Gel
• Mengandungi saponin, serat dan kompleks antrakuinon yang membantu menyahtoksik badan dan mengurangkan beban sistem pencernaan.
• Sistem pencernaan yang bersih mengurangkan beban hati dalam penyahtoksikan dan hati lebih efisien memetabolismekan lemak.
5. Sifar lemak trans setiap har
Lemak trans yang ditemui di makanan komersial seperti kek, kuih dan biskut, dan juga makanan yang digoreng seperti donat dan kentang goreng.
Lemak trans mengurangkan kolesterol HDL “baik” anda dan pada masa yang sama meningkatkan kolesterol LDL “buruk” anda. Ia juga menyebabkan pengumpulan plak dalam arteri anda, merosakkan sel-sel arteri, dan umumnya meningkatkan keradangan, yang membawa kepada penyakit jantung.
Memelihara jantung yang sihat adalah semudah ABC. Ia adalah penting untuk mengingati nombor-nombor dan menambah makanan tambahan untuk kesihatan jantung
ABOUT THE AUTHOR
Forever Business Owner, Forever Living Products Malaysia
0 comments:
Post a Comment